Hubungi kami : Melalui whatsapp - 016 - 611 0232 kami untuk perbincangan pakej- pakej yang di minati.
Perbincangan Keperluan: Semasa perbincangan, kita akan membincangkan keperluan dan citarasa anda untuk busana perkahwinan. Anda boleh memberi idea, gambar, atau inspirasi untuk membantu kami memahami apa yang anda inginkan.
Reka Bentuk: Kami akan mencadangkan rekaan yang sesuai berdasarkan perbincangan. Rekaan akan disesuaikan mengikut keperluan anda melalui lukisan dan perincian design sehingga anda berpuas hati. Rekaan yang dihasilkan akan dilukis oleh pereka kami yang berpengalaman.
Pemilihan Fabrik: Kami akan membantu anda memilih fabrik dan material yang berkualiti tinggi dari kami. Kami akan memberi nasihat tentang jenis kain yang sesuai dengan rekaan dan keselesaan anda.
Ukuran Badan: Ikuti panduan dari kami untuk mengambil ukuran badan anda dengan betul dan tepat. Ini akan memastikan busana yang ditempah sesuai dengan bentuk badan anda, memberikan keselesaan dan penampilan terbaik.
Rekod Data : Ukuran yang direkodkan akan disimpan untuk rujukan pembuatan busana.
Klik untuk panduan mengambil ukuran badan
Deposit: Sebagai pengesahan tempahan, deposit sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan diperlukan semasa konsultasi awal. Deposit ini tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Baki bayaran adalah sebelum busana di pos.
Cara Pembayaran: Kami menerima pembayaran melalui pindahan bank. Maklumat lanjut mengenai cara pembayaran akan diberikan semasa konsultasi.
Produksi: Jangkamasa produksi bergantung kepada rekaan busana. Setelah busana anda disiapkan, kami akan menghantar gambar untuk menunjukkan hasil akhir busana tersebut. Anda boleh menilai dan memberi maklum balas jika terdapat sebarang tambahan atau ubahsuai yang diperlukan.
Nota Penting: Sekiranya anda ingin menambah atau mengubahsuai pakaian, akan ada caj tambahan yang dikenakan berdasarkan jenis perubahan yang diminta. Kami akan memastikan anda berpuas hati dengan busana yang dihasilkan sebelum penghantaran dilakukan
Pembayaran: Setelah busana disiapkan, pembayaran baki sebanyak 30% dan caj pos mesti dijelaskan sebelum penghantaran dilakukan.
Kami akan memastikan semua butiran tempahan anda dipenuhi dan pakaian dihantar dalam keadaan terbaik setelah menerima pembayaran penuh.
Pos: Anda akan menerima notifikasi penghantaran beserta nombor penjejakan untuk memantau status penghantaran pakaian anda sehingga ia selamat sampai ke tangan anda. Kami komited untuk memastikan pengalaman anda dengan kami adalah memuaskan dari awal hingga akhir.
Kami memahami bahawa kadang-kadang pakaian yang ditempah secara online mungkin memerlukan sedikit perubahan untuk mendapatkan kesesuaian yang sempurna.
Hubungi Kami: Jika pakaian yang diterima memerlukan alterasi, sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk perbincangan lanjut.
Hantar Pakaian: Anda boleh menghantar pakaian tersebut kembali kepada kami untuk proses alterasi.
Proses Alterations: Pereka kami akan melakukan perubahan mengikut keperluan anda.
Caj Tambahan: Perlu diingat bahawa caj tambahan mungkin dikenakan bergantung pada jenis perubahan yang diminta.
Penghantaran Semula: Setelah alterasi selesai, kami akan menghantar semula pakaian kepada anda.
Dengan proses ini, kami memastikan bahawa anda mendapat pakaian yang sesuai dan selesa dipakai.