Langkah Menuju ke Impian Anda
Jadualkan Temujanji: Hubungi kami melalui whatsapp atau telefon kami untuk membuat temujanji konsultasi.
Perbincangan Keperluan: Semasa temujanji, kami akan membincangkan keperluan dan citarasa anda untuk busana perkahwinan. Anda boleh membawa idea, gambar, atau inspirasi untuk membantu kami memahami apa yang anda inginkan.
Reka Bentuk: Pasukan pereka kami akan mencadangkan rekaan yang sesuai berdasarkan perbincangan awal. Kami akan menyesuaikan rekaan mengikut keperluan anda sehingga anda berpuas hati.
Pemilihan Kain: Anda akan memilih kain yang terbaik untuk busana anda dari koleksi kain berkualiti tinggi kami. Kami akan memberi nasihat tentang jenis kain yang sesuai dengan rekaan dan keselesaan anda.
Pengukuran: Setelah reka bentuk dan kain dipilih, kami akan mengambil ukuran badan anda untuk memastikan busana anda sesuai dengan sempurna.
Fitting Pertama: Anda akan datang untuk sesi fitting pertama setelah busana siap dijahit. Kami akan membuat penyesuaian jika perlu untuk memastikan ia sesuai dengan sempurna
Fitting Pertama: Anda akan datang untuk sesi fitting pertama setelah busana siap dijahit. Kami akan membuat penyesuaian jika perlu untuk memastikan ia sesuai dengan sempurna
Fitting Kedua: Anda akan datang untuk sesi fitting pertama setelah busana siap dijahit. Kami akan membuat penyesuaian jika perlu untuk memastikan ia sesuai dengan sempurna
Klik Sesi Fitting lebih keterangan lebih terperinci
Fitting Akhir: Sesi fitting akhir akan diadakan untuk memastikan semua penyesuaian telah dibuat dengan betul dan busana anda sesuai dengan sempurna.
Alterations dan Penyelesaian : Setelah fitting akhir, busana anda akan siap untuk diambil. Kami akan memastikan setiap detail telah sempurna sebelum penyerahan.
Pengambilan: Anda boleh datang ke butik kami untuk mengambil busana anda.
Penghantaran: Kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk kemudahan anda.
Tempahan Tambahan Pakej
Jika anda memerlukan busana tambahan untuk ibu bapa pengantin, keluarga, atau bridesmaid, sila maklumkan kepada kami semasa konsultasi awal. Kami akan memastikan setiap tempahan diproses dengan teliti dan mengikut jadual.
Deposit dan Cara Pembayaran
Deposit: Sebagai pengesahan tempahan, deposit sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan diperlukan semasa konsultasi awal. Deposit ini tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Baki bayaran adalah semasa sesi kedua fitting/ full fitting.
Cara Pembayaran: Kami menerima pembayaran melalui tunai dan pindahan bank. Maklumat lanjut mengenai cara pembayaran akan diberikan semasa konsultasi.
Tempahan Online
Jauh bukan masalah!
Anda boleh tempah secara online.
Klik di sini untuk ketahui cara- cara menempah secara online
Kami di Butik Tree Nur berdedikasi untuk memastikan pengalaman tempahan busana perkahwinan anda berjalan lancar dan memuaskan. Kami tidak sabar untuk membantu anda merealisasikan busana impian anda!